Usaha Microsoft untuk "mengulang konsep" Windowsnya kali ini dengan versi-8 menjadi dasar tidak kiralah sama ada kita bercerita tentang kaedah interaksi, reka bentuk visual, strategi harga atau selainnya. Ianya merujuk kepada satu aspek OS yang kelihatan baru; sebenarnya telah berasaskan kepada satu ilham dan inspirasi yang sama malah lebih awal, suatu ketika dahulu. (lihat logo asal).
Dua dimensi gaya Metro-Windows flag yang telah diperkenalkan (Windows 8 dan Windows Phone 8) adalah yang paling hampir sejak penampilan logo asal Microsoft Windows. Dengan sedikit perubahan perkadaran segiempat yang sama rata, ketajaman bucu, sudut perspektif dan juga warna biru yang lebih segar berbanding yang retro dan neutral pada sebelumnya.
“Nampak sama tetapi ianya menunjukkan satu visi progresif yang telah lama hilang dalam syarikat gergasi uncle Bill itu. Sebelum ini ianya dibantutkan oleh penjenamaan yang sememangnya boleh dikatakan langsung tidak memberikan inspirasi kepada orang ramai.” Kata seorang pengguna Windows.
“Terlalu generik..! Tindakan menghilangkan rekabentuk 4 warna dari Windows adalah satu tanda ke arah penjenamaan yang teruk…dan samalah halnya dengan Metro. Tapi macam biasalah...Microsoft tidak akan mendengar suara-suara keluhan sebegini. Mereka sememangnya dah pun merancang dan bergerak. Setahun atau setengah tahun dari sekarang mungkin kita akan dengar pernyataan yang sama seperti sebelumnya (kes Vista) dan versi Windows 9 akan menggantikan 8 yang sebelumnya...mereka tak pernah ambik pengajaran"… Joe Wilcox, Pengarah editor BetaNews.
Apa yang menarik dan cuba disampaikan di sini adalah satu persamaan yang berkaitan dengan minimalisma, “minimally minimal” (seminimum yang mungkin). Pereka laman web www.minimallyminimal.com Andrew Kim; seorang anak kelahiran Seoul, membesar di Vancouver dan kini menuntut di Art Center College of Design, Los Angeles menulis review produk selain mempamerkan karya rekabentuknya. Di laman web ini juga Kim cuba memberikan ekpsresi bahasa designnya yang tersendiri; bertujuan untuk menyatukan komputer mudah alih, telefon bimbit; desktop serta tablet yang dikeluarkan pada tahun ini menjadi satu produk yang padu; sesuatu yang boleh dan sepatutnya dihasilkan Microsoft untuk pengguna.
Di peringkat umum mungkin ramai dikalangan kita yang tidak menyedari tentang betapa getirnya Industri rekabentuk, rekacipta atau apapun jua namanya pada hari ini yang seakan-akan hilang arah, gara-gara fahaman dan niat yang berbeza, apatah lagi apabila membincangkan sesuatu yang bersifat konseptual, khusus, teknikal mahupun praktikal.
Di satu sudut pandang mungkin perihal logo atau produk ini hanya dikira kitaran fesyen, seni atau trend gergasi niaga dunia teknologi di dalam meneruskan misi dan visinya, namun jika kita teliti dengan lebih halus penjenamaan merupakan suatu perkara yang amat dekat pada diri kita sendiri. Boleh saja logo Windows digantikan cap ayam atau harimau Jata Negara kita digantikan dengan kucing bukan? Tengok tingkap rumah kita…
Sumber Asal: Circvm Terbit,
Windows dan Kita: Dongkah Arus atau Kejar Zaman?
Oleh: Maher Dien
Jumaat, 6 Jul 2012.
Jumaat, 6 Jul 2012.
![]()
| 



0 komen:
Post a Comment